Sunday, January 22, 2017

Tahun Baru Azam Baru



Assalamualaikum w.b.t.

Sedar tak sedar tengok tarikh first post adalah tahun 2008. kalau tak silap tahun pertama akak bekerja ok. dah 9 tahun lamanya. Hampir 10 tahun dah rupanya. hampir sedekat sudah.

Dalam 9 tahun ni banyak yang dah berubah. Banyak kisah suka duka melanda diri ni. Yang pasti semua orang akan merasa cuma masa waktu dan perubahan itu yang lain dalam hidup seseorang tu.

Tahun lepas pada 6 Jun 2016 aka 6/6/2016 bersamaan 1 Ramadhan 1437h tercatat dalam diari akak .. pemergian insan tercinta mengadap Ilahi. Tersentap terkedu terkesima bagaikan luruh jantung mendengar berita tersebut. Di saat hati meronta mahu berhenti kerja dan ingin bekerja di kampung di samping duduk bersama keluarga.. berita sedih ini yang akak dapat. siapa kita untuk melawan takdir. Air mata gugur selaju mana pun jika Allah berkata 'kun fayakun' semuanya akan terjadi mengikut suratan takdir. Air mata selalu bergenang apabila mengenang saat tersebut.
Dalam masa yang sama mak juga sakit tua dan kene strok/angin. permintaan kakak untuk balik menjaga mak adalah saat paling hiba sbb terdetik di hati.. bila lagi masanya akak sebagai seorang anak ingin berbakti kepada mak. memandangkan kakak semua mmg berasa sebumbung dgn ayah dan mak. mereka sentiasa berada dekat dgn orang tua kami sedangkan akak berjauhan dan hanya balik sebulan sekali. Permintaan kakak disambut dgn hati terbuka. Sekarang akak lebih senang hati kerana dapat sentiasa bersama dengan mak. Menjaga mak bersama sama dgn kakak semua.
Alhamdulillah. hati tenang apabila berada dekat dengan keluarga.
Dalam masa  yang sama..akak ingin mengubah cara hidup kepada yang lebih sihat. nak kurus dan nak cantik. sejak mula bekerja lagi, badan akak naik mendadak dlm setahun. sedar x sedar dah nak obese tahap 2 dh.
Kawan ade perkenalkan shaklee pada akak. ye la mase tu mmg pikir nak consume vitamin. dalam  masa yang sama mahu kurus skali. tapi lemak tepu ni susah nak kikis. semuanya kene berbalik kepada disiplin diri. Diet punya diet turun la jugak dalm 1 2 kg. tp mmg xpuas hati. Nafsu makan mmg kuat tp hati mau kurus mcam model. apekan daya.. diri x kuat displin, mmg xdpt la jawabnya.


Dalam setahun ni, perubahan dari diet akak hanya turun dalam 5 - 6 kg sahaja. Walaupun akak consume vitamin semuanya bergantung kepada cara pemakanan. Itu adalah faktor utama. Untuk mempercepatkan proses kurus, kita kene tambahkan dengan execise disamping consume vitamin.
Target akak nak capai berat ideal akak dalam 50-55kg. Itu dah kira kurus dan berat ideal dah. Skrang dalam 61-62kg. Banyak lagi nak diusahakan. Harap akak dapat capai target walaupun sedikit demi sedikit. insya allah.

semua nak di ceritakan dalam 1 entry.. huhu.. tujuan akak adalah untuk memotivasikan diri akak. Dalam duka ada suka, dalam suka ada duka dan liku liku hidup yang perlu kita hadapi. Semuanya mematangkan diri kita.

Last but not least, akak mahu menjadi insan yang berjaya. Demi untuk menanggung kehidupan keluarga dan diri sendiri. Insya allah akak kene berusaha dengan 200% lipat ganda supaya semuanya berjalan dengan serentak. Akak mahu mulakan business dengan serius. Business shaklee. dah lama kempunan bila tengok orang lain berjaya dalam business shaklee ni. Disamping untuk kesihatan sendiri, dapat bantu orang lain menjalani hidup sihat dengan vitamin tambahan, juga dapat menjana pendapatan diri dan keluarga juga.

Setakat ini dulu update dari akak. insya allah akak akan sentiasa aktif dalam mengupdate blog.
babai.
Wassalam.

No comments: